Latihan

EN | MY

LATIHAN

Ketua Pegawai Kewangan: Apakah yang akan terjadi jika kita melatih mereka dan mereka meninggalkan kita?
Ketua Pegawai Eksekutif: Bagaimana jika kita tidak melatih mereka dan mereka kekal bersama kita?

Latihan memberikan pelbagai manfaat yang tidak akan terlintas dalam fikiran seorang pemimpin biasa.

Pada asasnya, latihan ialah pelaburan untuk individu-individu yang menjadi duta dan jiwa organisasi anda. Kebiasaannya, masa yang dilabur untuk melatih kakitangan bukan sahaja meningkatkan kesetiaan mereka, tetapi juga memudahkan kehidupan anda dalam jangka masa panjang kerana proses-proses pekerjaan telah diseragamkan.

Melatih ialah peluang anda untuk menerapkan kesetiaan, kepuasan, dan semangat kepada pasukan anda, selain meningkatkan prestasi secara keseluruhan.

Bahagian Pembinaan Keupayaan Kami Merangkumi

LATIHAN
PENGURUSAN

LATIHAN
KEMAHIRAN INSANI

LATIHAN
KEMAHIRAN TEKNIKAL

Contoh-contoh Pakej Latihan Yang Kami Boleh Sediakan Untuk Anda!

Employee Onboarding Programme

The Leader-Manager Transition Programme

Senior Leaders
Programme

Executive Accelerator

English Accelerator

Data Analytics Package

Effective Strategic
Engagements

Developing Impactful Strategic Documents

Project Design
Programme

Kecewa dengan ketiadaan hasil jangka masa panjang?

Bagaimanakah anda boleh tahu sama ada pelaburan anda untuk latihan-latihan ini berbaloi?

Selalunya, latihan kurang berkesan kerana dianggap sebagai penyelesaian sekali guna sahaja. Namun, penyelesaian yang paling berkesan adalah dengan keterlibatan jangka masa panjang agar teori dapat dipraktikkan. Hal ini memberikan ruang untuk mengumpul maklum balas atas perubahan yang telah dilaksanakan.

Anda juga boleh memantapkan ilmu sedia ada melalui perkara sebenar yang dialami dalam konteks harian dalam organisasi anda.

IM Possible Solutions mensasarkan penjanaan perubahan yang kekal.

Untuk semua program latihan kami, anda diberi pilihan untuk mendapatkan latihan intensif sekali sahaja atau keterlibatan jangka masa panjang. Untuk keterlibatan jangka masa panjang, selepas latihan permulaan, kami menawarkan bimbingan pascalatihan untuk memperhatikan perubahan-perubahan tertentu yang berlaku. Kami akan membimbing mereka yang menghadiri program dalam mempraktikkan perkara yang dipelajari.

Anggap bimbingan pascalatihan sebagai kaedah untuk mengukur perubahan.

Secara ideal, bimbingan pascalatihan sebaiknya dilaksanakan oleh syarikat sendiri secara dalaman. Namun, mari kita berpijak di bumi nyata. Kerana inisiatif-inisiatif strategi organisasi diutamakan oleh semua pihak, mencari masa untuk membimbing kakitangan dan menguruskan perubahan adalah agak mencabar. Oleh itu, kami menawarkan khidmat ini dengan program latihan kami – supaya anda kekal tenang dan mendapat manfaat yang maksimum daripada pelaburan anda.

Sudah Bersedia Untuk Mula?

Kami menawarkan program latihan tersuai untuk semua peringkat – bukan eksekutif dan eksekutif, pengurus, pegawai pengurusan atasan, dan ketua pegawai eksekutif.

– Apakah jenis program yang anda inginkan (objektif, gambaran kasar isi kandungan, dll.).

– Siapakah yang akan hadir, dan bilangan peserta yang dijangka hadir.

– Secara bersemuka atau dalam talian?

– Tempoh masa yang dijangkakan.

– Butiran logistik yang lain (jika ada).

Kemudian, nantikan e-mel daripada kami!

Kami menyusun program berdasarkan butiran yang anda beri, termasuklah butiran modul yang akan diimplementasikan, butiran para fasilitator, dan lain-lain.

Bersantai-santailah, dan saksikan para peserta menikmati dan mendapat manfaat daripada latihan yang kami tawarkan!

Pentauliahan dan Pensijilan Kami

Project Management Professional (PMP)*

Project Management Institute
Credential ID: 2694925

GRI Sustainability Reporting Standards*

Global Reporting Initiative

Registered HRD Training Provider

Certified HRD Train-The-Trainer (TTT)*

Human Resource Development Corporation

Registered with Ministry of Finance

Kod Bidang: 221110

Perkhidmatan / Guna Tenaga / Khidmat Latihan, Tenaga Pengajar dan Moderator / Negotiator

*Jurulatih utama mendapat pentauliahan pada 2018/19