Sama ada program atau projek itu:
✓ Melibatkan pihak berkepentingan dalam atau melibatkan klien/peserta luar
✓ Sebuah program pendek atau projek jangka masa panjang
✓ Hanya memerlukan persediaan asas (groundwork) sebelum dimulakan atau anda mahu perkhidmatan hujung ke hujung
✓ Projek yang sepenuhnya dalam talian atau memerlukan keterlibatan secara bersemuka
Memanfaatkan khidmat sumber luar untuk memuaskan hati pihak berkepentingan anda! Gunakan seorang perunding Pengurusan Projek Profesional (PMP) yang bertauliah untuk memastikan pelaksanaan sesebuah projek menjadi lebih lancar dengan sistem penjejakan dan laporan yang jelas.
Sebab-sebab utama pemimpin yang bijak perlu menggunakan perkhidmatan luar
Kadang kala, kita harus menyimpang daripada proses-proses dalaman yang rumit kerana kekangan waktu dan perbelanjaan, terutamanya bagi projek-projek yang diadakan hanya sekali untuk organisasi.
Serahkan projek anda kepada kami dan biarkan kami mengurus hal-hal kecil untuk merealisasikan matlamat anda.
Kerap kali, terdapat kekurangan dari segi kemahiran, ilmu, dan pengalaman, lebih-lebih lagi ketika menyusun dan membangunkan projek/program/inisiatif baru.
Elakkan kesalahan dan pembetulan dengan berkerjasama dengan kami untuk menetapkan persediaan asas (groundwork) dan memastikan kelancaran pelaksanaan projek.
Kekurangan tenaga manusia boleh memudaratkan, terutamanya apabila kakitangan sedia ada tidak mampu mendahulukan inisiatif strategik semasa dalam organisasi.
Anda tidak usah mengupah. Dengan menggunakan khidmat luar untuk pekerjaan tersebut, kakitangan anda boleh menumpukan perhatian kepada tugas hakiki mereka untuk kebaikan organisasi anda.
Mencari dan menggabungkan penjual (vendor) yang berbeza menjadi satu pasukan padu adalah sesuatu yang agak meletihkan. Tugas ini juga memakan masa yang sepatutnya digunakan untuk urusan strategik yang lebih penting.
Dengan menggunakan sumber luar, anda hanya perlu memastikan komunikasi and maklumat yang berkenaan adalah jelas. Kami akan menguruskan yang selebihnya.
Contoh-contoh projek yang kami uruskan termasuklah
Perbezaan Antara Pengurusan Program Dan Perundingan
Pengurusan Program
Perundingan
Anda lebih memerlukan perkhidmatan perundingan? Lawati halaman perkhidmatan perundingan kami. ⇲
yang berminat untuk memperbaiki perkara-perkara yang wajar bagi pihak kumpulan/perniagaan/organisasi mereka
yang bersedia menerima dan mengharungi perubahan yang dibawa oleh arus dunia VUCA*
yang bersemangat waja, mempunyai semangat berpasukan yang tinggi, bijak memotivasikan diri, dan sentiasa bersedia
Adakah tugas itu:
– Program/projek yang diadakan sekali sahaja dari mula hingga akhir?
– Program/projek jangka masa panjang yang hanya memerlukan persediaan permulaan?
– Program yang sepenuhnya dalam talian, atau projek yang memerlukan keberadaan fizikal pihak-pihak yang terlibat?
– Lain-lain?
Jelaskan tentang:
– Tempoh masa dari mula hingga akhir.
– Hasil kerja (deliverables) yang diinginkan – sama ada program itu diadakan sekali sahaja, atau beberapa kali.
– Jenis hasil yang anda impikan. Lampirkan sampel jika ada.
Adakah anda mempunyai:
– Jadual yang padat untuk melaksanakan program/projek?
– Sebarang kekangan kewangan?
– Kekangan perundangan atau dasar?
Nantikan e-mel daripada kami untuk menjadualkan mesyuarat kita yang pertama untuk memulakan kerjasama!
*Jurulatih utama mendapat pentauliahan pada 2018/19