Perundingan

EN | MY

PERUNDINGAN

Persaingan semakin sengit dalam dunia VUCA* ini.

*VUCA bermaksud Ketidaktentuan (Volatility), Ketidakpastian (Uncertainty), Kerumitan (Complexity), dan Ketaksaan (Ambiguity) yang mencerminkan cabaran-cabaran para pemimpin hari ini.

Kebolehan menyesuaikan diri dengan dunia yang tidak tentu, tidak pasti, rumit, dan taksa ialah kunci untuk kekal menjadi kelompok teratas dalam apa-apa industri. Perkara ini bukan sahaja memerlukan perancangan masa depan (foresight) yang mencukupi, tetapi juga analisis landskap yang lengkap tentang trend terkini dan akan datang. Pemimpin hari ini harus cakna amalan luar dan melakukan penandaarasan untuk berdepan dengan sekutu dan pesaing.

Berkat pemahaman tentang cabaran-cabaran ini, kami berhasrat membantu anda membuat keputusan strategik yang terbaik untuk projek/program/kajian yang anda jalankan.

Peranan khidmat perundingan kami termasuk, tetapi tidak terhad kepada bimbingan-bimbingan ini:

Membangunkan hala tuju (jangka masa panjang atau pendek) / dasar / strategi yang mantap untuk memenuhi matlamat semasa anda melalui ramalan trend-trend dalam industri anda.

Melakukan analisis landskap strategik dengan mempertimbangkan kekuatan, kelemahan, halangan yang mungkin timbul serta sumber yang belum diusahakan agar anda boleh membuat keputusan strategik yang lebih baik.

Meningkatkan kesedaran tentang kesan-kesan pelan atau keputusan anda dari segi strategi, operasi, perundangan, dan ekonomi, di samping memastikan idea anda tiada kelemahan.

Memberikan perkhidmatan analisis perundangan. Ini termasuklah tinjauan undang-undang dan dasar terkini bagi badan berkanun dan pembangunan sektor, serta memastikan strategi anda sejajar dengan rangka kerja kawal selia.

Mengerjakan kajian berkenaan amalan luar yang terbaik buat masa ini, penandaarasan, dan analisis pulangan pelaburan (ROI) bagi usaha dan inisiatif baru.

Bidang-Bidang Kepakaran Kami Termasuklah

STRATEGI

OPERASI

MODAL INSAN

E-PEMBELAJARAN

PERUNDANGAN

PENYELESAIAN DIGITAL

Perbezaan Antara Perundingan Dan Pengurusan Program

Perundingan

Pengurusan Program

Berminat untuk menggunakan khidmat pengurusan program kami? Lawati laman web Pengurusan Program kami. ⇲

Kami Berbesar Hati Untuk Bekerjasama Dengan

Pemimpin

yang berminat untuk memperbaiki perkara-perkara yang wajar bagi pihak kumpulan/perniagaan/organisasi mereka

Individu-individu

yang bersedia menerima dan mengharungi perubahan yang dibawa oleh arus dunia VUCA*

Mereka

yang bersemangat waja, mempunyai semangat berpasukan yang tinggi, bijak memotivasikan diri, dan sentiasa bersedia

Sedia Untuk Memulakan Transformasi?

Ikuti langkah-langkah berikut untuk pengalaman yang terbaik ketika berkerja dengan kami!

Adakah perkara itu berkaitan:

– Ramalan atau perancangan, atau mungkin pembangunan hala tuju untuk jangka masa panjang?

– Proses yang anda ingin permudahkan?

– Kajian yang anda ingin jalankan?

– Akta perundangan yang perlu disemak, atau keadaan perundangan yang tidak menentu yang perlu diharungi?

Adakah cabaran itu berkaitan dengan:

– Proses-proses sedia ada anda?

– Hala tuju organisasi anda?

– Alir tunai (cashflow) anda?

– Tawaran anda?

– Kumpulan-kumpulan dalam organisasi anda?

Pilih bahagian yang anda ingin perbaiki dan sematkan bahagian itu dalam minda.

Beberapa cara yang dapat membantu:

– Adakah anda memiliki sebuah organisasi lain yang boleh dijadikan sebagai tanda aras?

– Bolehkah anda menggambarkan kejayaan pada pandangan anda?

– Apakah hasil, sama ada dari segi ekonomi, sosial, masa, atau sebagainya, yang anda bayangkan untuk anda dan organisasi anda?

Pilih bahagian yang anda ingin perbaiki dan sematkan bahagian itu dalam minda.

Nantikan e-mel daripada kami untuk menempah sesi perundingan anda yang pertama secara PERCUMA!

Pentauliahan dan Pensijilan Kami

Project Management Professional (PMP)*

Project Management Institute
Credential ID: 2694925

GRI Sustainability Reporting Standards*

Global Reporting Initiative

Registered HRD Training Provider

Certified HRD Train-The-Trainer (TTT)*

Human Resource Development Corporation

Registered with Ministry of Finance

Kod Bidang: 221110

Perkhidmatan / Guna Tenaga / Khidmat Latihan, Tenaga Pengajar dan Moderator / Negotiator

*Jurulatih utama mendapat pentauliahan pada 2018/19