Dua pandangan bertentangan kaum Bumiputera mengenai relevansi Hak Bumiputera
Terdapat dua pandangan bertentangan antara kaum Bumiputera mengenai relevansi hak mereka. Secara amnya, pendapat berkaitan hak Bumiputera:
Pandangan pertama yang dianggap dari “ultra melayu / Bumiputera”, di mana hak Bumiputera harus dipertahankan dalam apa jua keadaan dan kaum Bumiputera mesti diberikan keutamaan dalam apa jua situasi.
Saya akui kebanyakan Bumiputera tidak tergolong dalam mana-mana pandangan ekstrim diatas. Tetapi secara tidak langsung, mereka akan berdiri di antara kedua-dua pandangan tersebut, bergantung kepada cara dan latar belakang didikan mereka.
Kedua-dua padangan memiliki hujah masing-masing. Ia boleh diringkaskan kepada 4 perkara:
1) Majoriti kaum Bumiputera masih memerlukan bantuan
Berdasarkan dokumen Tindakan Pembangunan Bumiputera oleh Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) di bawah Kementerian Ekonomi, walaupun terdapatnya kejayaan yang diraih oleh Dasar NEP dan dasar-dasar yang menggantinya, isu ketidakseimbangan penglibatan ekonomi oleh semua kaum masih wujud:
- Data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), menunjukkan ketidakseimbangan pendapatan bulanan isi rumah antara Bumiputera dan bukan Bumiputera masih besar. Misalnya, ketidaksamaan pendapatan penengah bulanan isi rumah antara kaum Bumiputera dan kaum Cina meningkat hampir empat (4) kali ganda daripada RM 497 pada tahun 1989 kepada RM1,971 pada tahun 2019.
- Jurang pendapatan ini tidak hanya wujud dalam kalangan kaum, tetapi juga ketara pada peringkat negeri. Analisis peringkat negeri menunjukkan Bumiputera membentuk majoriti terbesar dalam kumpulan isi rumah berpendapatan B40. Lebih daripada 50% isi rumah di negeri seperti Kelantan, Perak, Pahang, Perlis, Kedah, Terengganu, Sabah dan Sarawak tergolong dalam kategori B40.
- Pada peringkat nasional, Bumiputera membentuk peratusan tertinggi isi rumah dengan pendapatan bulanan antara RM2,000 – RM3,000 dan peratusan terendah untuk pendapatan bulanan lebih daripada RM20,000.
- Dalam aspek pemilikan ekuiti pula, Bumiputera jauh ketinggalan di belakang bukan Bumiputera dan warga asing sejak 50 tahun lalu dan tidak mencapai sasaran 30% pemilikan ekuiti seperti yang telah ditetapkan di dalam NEP. Sejak dekad lepas, pemilikan ekuiti Bumiputera menurun daripada 22% (2008) kepada 17.2% (2019), berbanding pemilikan asing yang meningkat daripada 37.9% kepada 45.5% dalam tempoh yang sama seperti yang dilaporkan di dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12). Pemilikan bukan Bumiputera juga merosot daripada 36.7% (2008) kepada 25% (2019).
- Berdasarkan data daripada Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), urus niaga aset bukan kewangan Bumiputera hanya mewakili 33% daripada jumlah keseluruhan urus niaga aset bukan kewangan pada 2018 untuk pasaran utama dan sekunder, dengan penumpuan tertinggi dalam kategori harta tanah kediaman. Dalam aspek harta tanah komersial, pasaran melibatkan Bumiputera hanya menyumbang 12% kepada
2) Perhubungan perkauman di Malaysia telah berubah dan sukar untuk mempertahankan hak Bumiputera sebagai adil apabila konteks semasa telah berubah.
- Peredaran masa dan rakyat Malaysia hari ini terdiri dari pada pelbagai kaum yang lahir di Malaysia. Kaum-kaum bukan Bumiputera telah melahirkan generasi kedua, ketiga dan keempat di tanah air ini.
- Segolongan besar generasi-generasi inilah yang sudah mula menzahirkan rasa tidak kepuasan hati terhadap hak istimewa Bumiputera – lebih lagi apabila mereka juga dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia dan bukan negara asal usul moyang mereka.
- Harus diingat bahawa di kalangan mereka juga terdapat golongan miskin yang langsung tidak menerima bantuan secara berfokus sebagaimana kaum Bumiputera. Pada pendapat saya, ini dirasai dengan lebih ketara oleh kaum India yang tidak mempunyai kelebihan sosio ekonomi seperti kaum Cina apabila keistimewaan Bumiputera diperkenalkan. Akibatnya, mereka kini dilihat jauh ketinggalan berbanding kaum lain.
- Pada masa sama, wujudnya integrasi antara kaum-kaum hasil perkahwinan campur serta polisi dan dasar perpaduan kerajaan. Kini, tren percampuran dan interaksi antara kaum terutamanya dikalangan bandar leboh pesat jika dibandingkan dengan tahun 1950. Ini menyebabkan wujudnya juga dikalangan kaum Bumiputera, terutamanya yang dilahirkan selepas tahun 1990an, yang berasa simpati terhadap nasib kaum bukan Bumiputera. Namun begitu, keputusan pilihanraya umum ke-15, jelas tidak semua berkongsi sentimen yang sama.
Nota: Untuk konteks sejarah ringkas asal usul hak kaum Bumiputera di Malaysia, sila rujuk disini: https://www.im-possible-solutions.com/sejarah-hak-bumiputera/
3) Di peringkat antarabangsa pula, perjanjian hak asasi dan perdagangan antarabangsa telah mula digunapakai untuk memberi kritikan kepada pertahanan hak nasional apatah lagi hak istimewa Bumiputera. Kebolehan bersaing Malaysia sebagai negara berasaskan perdagangan juga menambah lapisan kerumitan untuk negara mempertahankan dasar-dasar tersebut.Perhubungan perkauman di Malaysia telah berubah dan sukar untuk mempertahankan hak Bumiputera sebagai adil apabila konteks semasa telah berubah.
4) Hakikatnya masih ramai Bumiputera yang tidak merasai dan/atau sedar manfaat polisi dan inisiatif hak Bumiputera yang sedia ada. Kesedaran yang tidak rata ini seolah-olah memberi kelebihan tambahan kepada golongan yang sudah pun meraih manfaat lumayan dibawah polisi dan inisiatif hak Bumiputera. Ditambah pula persepsi dan kadang-kadang realiti bahawa hanya orang yang mempunyai “kabel” yakni orang dalam akan mendapat manfaat.
Berdasarkan semua perkara diatas, tak kisahlah sama ada anda lebih cenderung kepada pandangan pertama atau kedua, kaum Bumiputera kini semakin sukar untuk menjustifikasikan hak istimewa mereka dengan secara bulat suara.
Saya telah berpeluang untuk turut terlibat, mengurus pelbagai bengkel berkaitan dasar Bumiputera untuk kerajaan. Ironinya, apabila saya menyuarakan situasi semasa yang dihadapi kaum Bumiputera, saya dilabelkan sebagai apologist atau setara dengan pembelot/pengkhianat Melayu. Berbeza pula apabila saya berkongsi dikalangan golongan Melayu “Bangsar Bubble”, di mana saya dilabel ultra melayu.
Nota: Anda boleh membaca pandangan peribadi saya mengenai hak Bumiputera dan impak Dasar NEP di sini: https://www.im-possible-solutions.com/pemikiran-semula-hak-bumiputera/
Hakikatnya, pembaikan politik (political correctness) dan landasan moral yang tinggi (moral high ground) semakin sukar dicapai. Ia membawakan risiko dan realiti bahawa skop hak-hak istimewa Bumiputera akan dan perlu dihadkan secara berperingkat. Walaubagaimanpun, ia bukan dalam sekelip mata akan berlaku. Tetapi ia pasti akan berlaku dalam tahun-tahun mendatang.
Jadi, persoalannya kini ialah, bagaimanakah kita sebagai seorang Bumiputera dapat menghadapi dan mengatasi perkara ini?
Anda boleh membaca cadangan saya di sini: https://www.im-possible-solutions.com/pemansuhan-hak-bumiputera/
Article Comments