Berikut merupakan idea-idea pakej latihan yang anda mungkin berminat untuk organisasi anda.
Untuk semua program, anda boleh memilih sama ada latihan intensif sekali sahaja, atau keterlibatan jangka masa panjang. Untuk pilihan kedua, kami membimbing anda sepanjang proses-proses pengurusan perubahan agar mengaut manfaat yang maksimum daripada program latihan.
Employee Onboarding
Programme
Pastikan sistem latihan kakitangan baru adalah lengkap dan holistik agar mereka memahami syarikat secara menyeluruh dan mampu kejayaan dari peringkat awal kerjaya mereka bersama anda.
Modules Available*
The Leader-Manager
Transition Programme
Persiapkan mereka yang mengurus pasukan tiga (3) ke 10 orang dengan nilai-nilai asas untuk mengubah mereka menjadi pemimpin yang efektif dalam menangani konflik, mengerakkan kerja secara berpasukan, dan berkomunikasi dengan berkesan.
Modules Available*
Senior Leaders
Programme
Perolehi keyakinan yang baru sebagai pemimpin atasan apabila anda berjaya mencungkil potensi diri bersesuaian dengan misi syarikat pada skala yang lebih besar melalui kepimpinan yang berkesan.
Modules Available*
Executive Accelerator
Percepatkan perkembangan kemahiran-kemahiran utama yang diperlukan pada peringkat eksekutif. Tanamkan sikap berdikari dan berfikir secara kreatif untuk prestasi yang efektif dalam tugas-tugas harian.
Modules Available*
English Accelerator
Percepatkan keterampilan komunikasi organisasi dalam bahasa Inggeris pada semua peringkat pekerjaan. Hantar mesej dengan lebih efektif dan kurangkan kesalahfahaman dalam komunikasi harian.
Modules Available*
Data Analytics Package
Perkasakan kemahiran asas anda dalam analisis data! Mantapkan kemahiran anda untuk memahami data, mentafsir implikasi dan membentangkan dapatan data. Biasakan diri anda dengan merancang cara berkerja yang dibimbing oleh data dan keobjektifan.
Modules Available*
Effective Strategic
Engagements
Sama ada anda bekerja dengan klien sedia ada atau berhubung dengan pihak berkepentingan yang baru, program istimewa ini direka untuk sektor-sektor awam dan swasta di Malaysia, bertujuan membentuk hubungan yang kekal dan kebolehan merunding dengan efektif.
Modules Available*
Developing Impactful Strategic Documents
Reka mesej strategik anda dan persembahkannya! Belajar menghasilkan laporan dan pembentangan idea perniagaan (pitch) yang mengetengahkan mesej-mesej utama, dipadankan dengan pentafsiran data dan jalan cerita yang berkesan.
Modules Available*
Project Design
Programme
Dari permulaan projek hingga laporan akhir, persiapkan diri anda dengan kemahiran asas yang penting untuk bukan sahaja merancang dan membentang, malah untuk melaksanakan, mengimplimentasi, dan melapor dengan kesan yang mendalam.
Modules Available*
Memahami Kelestarian & ESG
Kembangkan pemahaman anda tentang kelestarian dan rangka kerja Environmental, Social and Governance (ESG) untuk organisasi anda. Ketahui jika anda terjejas dan jika anda perlu mengambil tindakan.
Modules Available*
Profesional Transformasi Digital
Dapatkan pengetahuan mendalam dan kemahiran strategik untuk memimpin dan mengurus transformasi digital dalam organisasi anda. Pensijilan antarabangsa juga boleh disedia.
Modules Available*
*Modul-modul yang digunakan akan disuaikan dengan keperluan organisasi dan kakitangan klien.
– Apakah jenis program yang anda inginkan (objektif, gambaran kasar isi kandungan, dll.).
– Siapakah yang akan hadir, dan bilangan peserta yang dijangka hadir.
– Secara bersemuka atau dalam talian?
– Tempoh masa yang dijangkakan.
– Butiran logistik yang lain (jika ada).
Kemudian, nantikan e-mel daripada kami!
Kami menyusun program berdasarkan butiran yang anda beri, termasuklah butiran modul yang akan diimplementasikan, butiran para fasilitator, dan lain-lain.
Bersantai-santailah, dan saksikan para peserta menikmati dan mendapat manfaat daripada latihan yang kami tawarkan!